Popular Posts

About Us

Majalah Islam dengan tag line Makmurkan Masjid, Berdayakan Umat ini memiliki karakter media interaksi dalam membangun komunikasi >>

Arsip Blog

Bersih Hati Bersih Jiwa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Pada hari (kiamat) ketika tidak lagi bermanfaat harta maupun keturunan, kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.”
(QS. Asy-Syu’araa’ : 88-89).
Sebaiknya sebagai manusia biasa, kita bisa terus berlaku adil, tulus, berbuat baiklah antara kita sesama. Kita hidup ini bukannya lama mana lagi. Lagi pun tujuan hidup adalah mencari bekal buat di Barzakh nanti. Jadi jika ada salah faham, silap tafsir, baiklah berterus terang dan bertanya. Jangan beremosi dan bersangka-sangka.

Sebagai pengobat hati dari terus berprasangka, maka sucikan hati bersihkan jiwa kita dengan selalu bertaubat.


Taubat Bersih Jiwa, Sucikan Hati
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Kebersihan batin penting bagi menjadikan diri kita insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda:
"Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati." (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji. Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat ria, ujub, takabur, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan cinta dunia secara berlebihan.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya:
"Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf, ayat 53)
Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut kehendak nafsu syaitan. Oleh itu, kita hendaklah menguatkan iman bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk mendurhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai. Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah. Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.

Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, obatnya ialah perlu mengambil berat, dengan suka cita dan cinta terhadapnya. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan. Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.
Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Siapa yang ingin menyehatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan. Siapa yang ingin menyehatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Thabit bin Qurrah berkata:
"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."
Justru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan).
"Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."
Abdullah bin Mubarak berkata: "Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."

Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.
< >
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. kita sebagai manusia memang tidak boleh menyia-nyiakan waktu karena kalau tidak akan celaka

    ReplyDelete

Terimakasih untuk kesediaannya bertandang dan sekedar mencoretkan beberapa jejak makna di blog ini. Sekali lagi terimakasih. Mohon maaf jika kami belum bisa melakukan yang sebaliknya pada saudara-saudari semua.

Get Update Article on FacebookX

Find Us on Facebook

Get Update Article on Google+X

Follow Us on Google+